Adakalanya kita berduka kerana kita kehilangan erti kasih sayang dan cinta daripada seseorang yang kita impikan. Itu perkara biasa dan sentiasa berlaku dalam sesebuah perhubungan. Tidak salah kita untuk berasa sedih dan berduka, tetapi sekiranya ia berlanjutan terlalu lama, berbaloikah? adakah hidup kita akan hancur hanya kerana kehilangan kasih sayang dan cinta daripada seseorang yang kita impikan? Sudah semestinya TIDAK.
SEBAB 1.
memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,
supaya apabila kita bertemu jodoh yangg sebenar,
kita masih ada rasa syukur pada ketentuan ALLAH.
SEBAB 2.
memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,
supaya kita dapat menjadi seorang penilai yang baik.
SEBAB 3.
memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,
supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
SEBAB 4.
memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,
supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,
KHAS UNTUK DIRI KITA.
SEBAB 5.
memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,
supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG,
kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita,
dan dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kehidupan kita pada masa depan...
SEBAB 6.
memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,
supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
SEBAB 7.
memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,
supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.
SEBAB 8.
memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,
supaya kita lebih faham bahawa…
CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
SEBAB 9.
memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,
supaya kita…
LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.
Allah s.w.t itu Maha Adil dan Maha Bijaksana.
Dunia ciptaanNya amatlah besar dan penuh dgn kerahsiaanNya.
Di sekeliling kita masih ada lagi pilihan yang lebih baik yang tidak kita ketahui.
Berusaha, Bersabar, dan Berdoa.
Insyaallah.
No comments:
Post a Comment